Sunday, April 3, 2016

Boleh tolong saya? Saya nak sambung belajar kat sini...


Seorang budak lelaki lengkap berpakaian uniform sekolah mendekati saya. Dari riak wajahnya, ada kelihatan perasaan muram dan bimbang. Ada sesuatu yang dia inginkan dari saya. 


"Bro... boleh tolong aku tak... aku kena buang sekolah ni. Tolong buat rayuan untuk aku please..."


Saya garu kepala. 


"Apa hal pulak budak ni carik aku. Ko kena buang sekolah, apa kena mengena dengan aku pulak?" Saya bermonolog sendiri. 


Lama juga saya blur. Apa kaitan budak tu kena buang sekolah dengan saya? Saya tak pernah langsung berhadapan dengan kes-kes macam ni. 


Saya cuba abaikan dan terus berlalu. 


Dihadapan saya tersergam beberapa buah bangunan yang megah. Setiap bangunan terdapat bilik-bilik khas yang menempatkan meja dan kerusi dalam susunan yang teratur. 


Ada satu meja besar di bahagian hadapan, papan putih dan juga paint marker.


Confirm! 


I am back to school. 


Saya segera berlari ke tempat yang mempunyai cermin. Ya, ke tandas. Saya ingin lihat pakaian saya sedang saya pakai sekarang ni. 


Macam tak percaya pun ada. Pakaian budak sekolah. 


Apa pulak yang saya nak kena buat kat sekolah ni... lalu saya teringat budak lelaki yang asyik minta tolong saya buat rayuan untuk dia. 


At this point, saya masih tak dapat nak relate lagi, apa kaitan saya dengan urusan rayuan ni.  


Saya masuk ke kelas. 


Saja nak ikuti beberapa sesi pembelajaran. 


Walaupun saya tak berapa faham sangat subjek yang diajar, namun saya ikut sama. Duduk diam di suatu sudut. Sambil mengimbau kenangan masa lalu ketika zaman persekolahan. 



Ah... mungkin saya merindui zaman persekolahan. Mungkin ini antara memori paling kuat yang terpahat dalam lubuk ingatan saya. Sebab tu, saya kembali ke sini. 


Sebenarnya, saya bukanlah sebahagian dari mereka. Saya hanya seseorang yang menumpang lalu. 


Saya datang membawa bersama pengalaman dan pengetahuan pada masa lalu. Mungkin itu yang buatkan diri saya ada "guna" di tempat ini. 


Siapa saya pada masa lalu? 


Sekitar tahun 2004, saya memenangi pilihanraya umum peringkat sekolah. Dari kemenangan tersebut, ia melayakkan saya untuk menjadi pemimpin pelajar. Pelajar sekolah menengah. Maka, bermula penghujung tahun 2004, sebelum sesi persekolahan tamat, hinggalah hujung tahun 2005, (sebelum saya diganti oleh calon seterusnya) saya adalah seorang ketua pelajar. 


Mungkin ini yang budak lelaki tersebut nampak. 


Mungkin, dengan pengalaman saya sebelum ini, mempunyai sedikit merit untuk membantu beliau. 


Ok tak apa. Mungkin misi saya kali ini adalah untuk membantu seorang budak lelaki, yang melakukan kesilapan dalam hidupnya untuk kembali bersekolah di tempat yang sama. 


Saya dapati, di sekolah ini... 


1. Sudah ada seorang ketua pelajar. Namun pelajar ini kurang dihormati dan ketua ini juga seolah-olah no idea apa yang perlu dilakukan. (huh buat saya teringat masa awal-awal dulu, sekitar tahun 2004 saya menyandang jawatan ini) 


2. Saya sempat berjumpa dengan beberapa orang guru yang sangat familiar. Saya kenal guru-guru ini. 11 tahun berlalu, pastinya mereka kelihatan lebih berusia. 


3. Bilik operasi barisan pengawas sudah beberapa kali dinaik taraf. Eh, gambar saya masih ada kat situ, walaupun sedikit berhabuk! 


Kalau apa yang saya fikirkan ni betul, maknanya sekolah yang saya pergi ni adalah sekolah yang sama tempat saya belajar dulu.

 
Cuma mungkin, ia adalah the other dimension berbanding yang kita semua boleh nampak di alam nyata. Di tapak yang sama, ada sekolah lain yang hanya boleh dilihat dalam keadaan kita sedang bermimpi.


Kali ni saya tak tau apa kesudahan pelajar lelaki tu. 


Saya dah buat apa yang saya termampu untuk buat. 


Saya dah bincang dengan beberapa individu yang mempunyai pengaruh di sekolah tu untuk menerima pelajar tu kembali. Berikan peluang terakhir untuk dia, sebelum tergesa-gesa nak buang dia dari sekolah. 


... dan di pihak pelajar tersebut, saya cuma mampu berikan beberapa nasihat. Saya tak tau, sama ada nasihat tersebut akan diikuti ataupun tidak.  


Saya tak tau apa yang akan berlaku seterusnya kepada pelajar tersebut. 


Saya doakan hanya yang terbaik. 


Sekolah ni tempat untuk kita menimba ilmu pengetahuan, bukan untuk tunjuk samseng dan nak timbulkan masalah. 


Setiap perkara ada tempatnya, bukannya boleh main ikut suka hati sendiri. 


Peristiwa berlaku pada 02 April 2016










 

No comments:

Post a Comment