Friday, April 1, 2016

Saya dijemput untuk mempertahankan bandar misteri


Keamanan memang agak sukar untuk dinikmati di "tempat ini". Walaupun dari luaran, kita boleh lihat cara hidup "mereka" agak maju, dengan banyaknya bangunan pencakar langit, sistem pengangkutan yang tersusun, dan yang paling saya kagum, mereka dah lama ada sistem transit aliran ringan mereka sendiri. 


Dari segi teknologi, saya percaya teknologi mereka memang dah lama berkembang pesat dan maju.


Tolong jangan tanya saya... 


Tempat ini merujuk kepada tempat mana, dan siapa mereka dalam cerita ini.


Saya tak tau, dan saya tak ada jawapannya. Sesekali saya dijemput untuk bertandang ke tempat mereka, itupun atas sebab ada beberapa urusan yang memerlukan campur tangan dari saya. 


Keamanan... saya kira, keamanan tak wujud dalam kamus hidup mereka. 


Setiap masa, ada-ada sahaja ancaman yang akan datang meragut dan membingitkan suasana sunyi yang dinikmati oleh warga kota.


Secara tiba-tiba, muncul suatu lembaga ditengah-tengah kota dengan rupa paras yang begitu aneh dan hodoh. 


Makhluk perosak ni datang lagi nak buat kacau. 


Tak habis-habis la mereka ni. Kenapa ya, mereka suka sangat nak buat kerosakkan atas muka bumi ini? Apakah benar, mereka ini memang tergolong dalam spesis yang suka menumpahkan darah dan begitu suka berperang?


Apa yang berlaku ditempat itu, nampaknya terlalu besar untuk mereka uruskan sendiri. Perlu ada campur tangan dari luar untuk membantu. 


Ilmu persilatan yang saya miliki? 


Hmm... sebenarnya langsung tak ada. None. Saya tak pernah menuntut sebarang ilmu pencak sebelum ni. Kalau saya tahu melepaskan jurus-jurus tumbukan dan tendangan padu sekalipun, boleh jadi ianya saya belajar dari komik-komik seperti Pendekar Laut, Wira Tunggal, Dragon Ball, One Piece, Bleach dan sebagainya. 


Kalau dah sampai mereka minta tolong saya campur tangan, maknanya tahap ancaman tersebut adalah ditahap kritikal. Bukan level mereka lagi untuk uruskan sendiri. 


Ikutkan pemerhatian saya... 


Mereka ini hidup berpuak-puak. Setiap puak mempunyai karekter yang sangat berbeza, hinggakan dari cara hidup mereka itu sendiri, kita boleh mengagak mereka dari puak yang mana satu. 


Mereka juga ada pelbagai bentuk, yang dizahirkan kepada saya. 


Ada puak, ia menyerupai manusia biasa. Cara hidup juga sama seperti manusia. Mereka bekerja, berniaga, makan, minum dan mempunyai kelas-kelas tersendiri. Kehidupan mereka saling tak tumpah dengan kehidupan kita disini. 


Ada puak, mereka agak primitif dan mempunyai rupa paras yang agak serius dan garang. Cara berpakaian ada yang ala-ala cerita kartun flint stone dengan susuk tubuh badan yang agak besar lagi sado. Mereka ni orang-orang gasar. Agak jarang mereka mencampuri urusan orang lain. Selagi tak ada siapa yang cari masalah dengan puak mereka, mereka akan buat hal sendiri. 


Ada puak yang menyerupai binatang, dari segi rupa parasnya. Mereka mempunyai tubuh badan seperti manusia biasa dan berdiri dengan dua kaki. Namun rupa paras mereka, tidak seperti manusia. Ianya seperti kacukkan antara manusia dan haiwan. Ini spesies yang kerap beri masalah. Seolah-olah mereka ni lebih mengikut firasat dan nafsu binatang berbanding mengikut norma-norma seorang manusia. 


Ada puak yang bentuknya 100% menyerupai binatang. Jika ia dalam bentuk ular, maka kelompok tersebut dipenuhi binatang berbentuk ular semata-mata. Jika dalam bentuk mawas besar, maka seluruh kawasan tersebut dipenuhi mawas. Saya hanya pernah lihat kawanan spesis ini dalam bentuk harimau belang, harimau kumbang, ular dan mawas. Seingat saya, dalam bentuk binatang lain tak pernah lagi.  


Saya dipanggil. 


Khidmat saya diperlukan. 


Mungkin sebab saya mempunyai tali pinggang ala-ala kamen rider, yang bila dipakai akan memberikan saya sebuah sut yang memperkuatkan tubuh badan saya. 

 

Saya tak tau teknologi ni datangnya dari mana.

 
Besar kemungkinan, ini bukannya teknologi rekaan manusia. Mungkin saya memperoleh tali pinggang ni dari mana-mana puak yang lebih terkehadapan dari segi peradaban dan teknologi mereka. 


Bertukar! 


Bandar itu diserang. 


Saya perlu berjuang bersendirian untuk menyelamatkan bandar tersebut dari dimusnahkan oleh puak yang tak bertanggungjawab. Saya perlu beri mereka sedikit pengajaran, bahawa tempat ini tidak boleh sewenang-wenangnya diganggu. 


Perlawanan pertama? Selesai. Saya menang. 


Namun saya sedar. Ia tak akan berakhir disitu. Tak semudah itu.


Tiba-tiba, saya terpandang satu wajah yang cukup saya kenali. Atau patut saya katakan, saya rasa saya kenal wajah itu, dan kami mungkin adalah seorang kawan rapat sebelum ini.


Tetapi... siapa dia? 


Serangan gelombang kedua terus menyerang. Saya tak mungkin untuk berada di dua tempat dalam satu masa. 


Untuk menyelesaikan konflik yang berlaku di dua tempat berbeza satu per satu, bukannya satu opsyen yang baik. Itu bodoh namanya. 


Mujur saya teringat lelaki yang seolah-olah saya kenal itu... saya percaya, memang saya kenal dia. 


Saya patut percaya pada dia, dan dia sepatutnya boleh bantu saya. 


Saya pinjamkan salah satu tali pinggang yang saya miliki. 


Ya, saya ada beberapa buah tali pinggang seperti itu. Untuk apa lagi kalau bukan sebagai back up? Even polis pun akan ada dua atau lebih senjata. Tak kan saya tak boleh ada lebih dari satu tali pinggang pula?


Selesai urusan di tempat itu. 


Beberapa pengacau telah saya kalahkan. Masa untuk berangkat pulang.


Sebelum balik, semua yang terlibat dalam kerja-kerja dan misi keamanan diminta untuk memandang kearah sebuah menara. Kat situ terletak lampu seperti spotlight. 


Semua memandang ke situ, kecuali... 


Kecuali saya.  Ada sesuatu yang mencuri tumpuan saya. Saya terlewat untuk memandang ke arah spot light itu. Bila saya pandang, semuanya dah tamat. Saya terlepas sesuatu.


Tiba-tiba semua individu jemputan yang hadir kat situ berubah ekspresi mukanya. Saya menegur salah seorang yang memang sentiasa berjuang bersama saya. 


Aneh... 


Dia seolah-olah tak kenal saya langsung. Sambil beliau berlalu pergi dengan tergesa-gesa. Ya saya faham, nampaknya dah sampai masa untuk awak balik kan. Dah sampai masa untuk awak kembali ke alam nyata, kan. 



Saya pun begitu. 


Cuma saya agak terkilan bila awak seolah-olah langsung tak kenal saya. 


Saya terfikir .... 


Oh begini cara mereka mempergunakan kita ya. 


Sebelum bangunkan kita, rupa-rupanya mereka akan hilangkan, padam ataupun erase ingatan kita supaya kita tak dapat ingat apa yang terjadi pada kita sebelum ni di alam sana. 


Mungkin mereka tak mahu rahsia-rahsia mereka terlepas ke alam kita. Mungkin ada banyak rahsia-rahsia mereka yang tak sesuai untuk digunakan di alam kita. 
 

Saya akui, ada teknologi mereka yang begitu bahaya, yang kalau terlepas ke alam kita, pastinya akan disalahgunakan. 


No wonder, ada antara kita, bila terjaga dari tidur, tiba-tiba seluruh badan terasa sakit, tanpa ketahuan apa puncanya. 


Erm... nak buat macam mana. 


Ada seseorang dah padamkan memori tersebut. 


Siapa tahu, anda mungkin sebenarnya sedang berjuang di alam sana, mempertahankan sesuatu atas permintaan seseorang, namun memori tersebut telahpun dipadam dari ingatan anda. 


Apa yang tinggal? 


Hanya sakit-sakit pada badan. 


Kalau anda sakit badan, besar kemungkinan anda mungkin kalah dalam pertempuran tu. 


Sebab yang menang, memang sangat jarang mengalami kecederaan, apatah lagi membawa bersama kecederaan tersebut dari alam sana ke alam nyata. 


Sekian dulu. 


Peristiwa ini berlaku pada tarikh 01 April 2016. 

 

 

 

No comments:

Post a Comment